THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Monday, March 10, 2008

Perang Uhud

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pihak Quraisy keluar dari
Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama
Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud"

24 comments:

Rai Arn said...

salam..
pnjrnnya:
kt perlu taat arahan ketua walaupn dia lbh muda drpd kt...ingt tu...

ziey said...

salam eni...hmmm...bnyk pengajaran yang dapat di ambil dalm kisah perang uhud 2..dan kita dapat tahu pe yg berlaku kt nabi dalam perang tersebut...

laila said...

salam..
menarik tajuk yang eni pilih. bnyk pgjrn dan iktibar dpt diambil dari kisah tersebut. tp pnjg sgt la huraiannyeee...
he3

asiah said...

salam alaik...
bgus citer ni..kite dpt tau dgn lbh deatail psal isra' mi'raj n perstiwa2 yg dhadapi nabi..same2lah kiter jdkan yg baik sbg teladan n yg buruk sbg smpadan..

zulfa said...

syabas my friend....
drpd citer yg di paparkan sy dpt simpulkan bgaimana sushnya Rasul dan sahabat2 memperjuangkan Islam yang kita anuti kini. oleh itu sama2 la kita menjaga dan mempertahankannya drpd di jajah oleh musuh2 Islam,Insya allah...

Khairil_usim said...

salam.. syukron kerana mempamerkan citer israj mikraj ini kpd kwn2.. kalu kita tgk dan mengambil intipati dan iktibar daripada pristiwa ini.. kita tahu begitu susah payah junjungan besar Nabi kita dan para sahabat mempertahankan dan memperjuangkan agama Allah...takbir!!!

Irshadiah Addiniah said...

salam...teruskan perjuangan

Rushdy said...

bagus2 walupun aku x membacanya tapi aku yakin akan dirimu yang mampu untuk menghasilkan kisah2 yang hebat teruskan usaha jgn lupe komen aku pulak..

ridhuwan_MPPusim said...

salam...panjang yea citer 2...pe2 pun ok la 2..terus memartabatkan sunnah...sirualabarokatillah

SHUKRI KS26116 said...

salam, tahniah kerana menghasilkan sebuah cerita yang menarik, walaupun saya x dpt baca habis cerita yang awk hasilkan krn kesuntukan masa tp saya pasti cerita yang awk tulis ini betul2 menarik... sorry erk coz x bc habis, panjang sgt arr..

amani said...

salam bagus2 teruskan usaha anda 00lagi.ape2 pun kita sebagai umat islam mestilah ambil pengajarn dari kisah ini..

azlin said...

salam..
saya tertarik dengan artikel yang ditulis kerana sedikit sebanyak dapat menginsafkan diri tentang dosa n pahala serta juga keadaan manusia d akhirat kelak..
syukran ya ukhti..:)

achik said...

assalamualaikum..chat x??moga2 dlm kchatan yang baik yer..pasal citer dlm blog 2,sy tertarikla..bagus cite awk..so clever,hu3....i/Allah ape yang kite buat ni Allah nmpak ape niat d sbaliknye..

haa said...

salam...aini..emmm...nk bgtau apa ek?!!!
ooo...best lh criter nie...byk peristiwa yg dpt diambil pengjrn dan teladan...tahniah...tahniah

syawal@jerung said...

bgs3..gud luck

Anonymous said...

salam,kisah ni byk beri pengajaran kpd kite smua,gmbaran azab diakihrat kelak,tp jgn tulis saja plk,knalah pakat2 ambik i'tibar dgn criter ni,ape2 pun thniah

helmy said...

salam tahniah.teruskan usaha...jangan lupa tawarkan diri untuk berkhidmat dalam perang fi sabilillah.bye.........

far east said...

salam...syukran ya ukhti kerna komen ana punyer...perang uhud nie bagus gak kisah nyer kan???tapi,walau apepun kita kena hayati sirah2 terdahulu untuk iktibar bersama....بارك الله فيكِ

KimAmaN said...

Salam..

Mmg byk pengajaran leh sy dpt mlalui kisah yg anda utarakn ttg prjuangan para sahabat kita ini.. teruskan lg usaha semoga sama2 kita mdapat iktibar dan pghayatan melalui pbelajaran sirah rasul kita ini.. InsyaAllah...

Wsalam..

SolSolehah said...

salam..
klu blh pkataan yg dboldkn tu biar trg skit,br nmpk n kt pn ambk phatian..xkhayl ms bc..pe pun pengajaran dr cter ni yg pntg kn..k..Syabas..wish u nvr give up

HANAK said...

salam...bi taufiq maan najah fi imtihan

suhaini said...

tahniah apa yang saudari telah lakukan. teruskan usaha

puteri said...

salam...continueur dakwah forever..n improve ur blog n put more benificial story...k,

Ayuni said...

salam...diharapkan dapat meneruskan usaha menyebarkan article tntg dakwah nie...good luck..